MENGAPA MONA-VIE

Powered By Blogger

Tuesday, August 17, 2010

Mengapakan Saya Memerlukan MonaVie Setiap Hari?

Pernahkah anda membiarkan sebiji epal tersadai selepas makan separuh? Apa yang terjadi? Ia bertukar menjadi warna perang, betul?

Mengapa ia bertukar warna perang?

Proses PENGOKSIDAAN.

Percayakah? Perkara sama yang berlaku kepada manusia? Seperti mana kita ketahui, kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga, ia akan menghasilkan produk sampingan yang dikenali sebagai Radikal bebas (Free Radical).

Semasa sel-sel badan kita menggunakan oksigen dengan berkesan melalui proses pengoksidaan, ia selalunya mengakibatkan sesuatu perubahan. Dalam kes epal tersebut, ia dengan senangnya bertukar menjadi warna perang dan mula reput melalui proses pengeringan. Manakala dalam kes manusia dengan adanya kelukaan, sel-sel yang rosak akan digantikan dengan yang baru untuk memulihkan kelukaan, menggantikan kulit baru dan menyebabkan kesan parut.

Walau bagaimanapun, kira-kira 2% daripada sel-sel badan kita akan menjadi rosak dalam proses tersebut, ia bertukar menjadi Radikal Bebas, dan memulakan proses tindak balas berantai yang memudaratkan sel-sel lain. Radikal Bebas boleh merosakkan sel-sel lain sebab mereka akan berubah-ubah secara mutasi dan cuba mencari komponen hilang dari sel-sel sihat lain. Proses ini akan merosakkan DNA sel-sel sihat dan menyebabkan berlakunya mutasi sel.

Radikal Bebas yang tidak terkawal telah dikaitkan dengan Kanser, Sakit Jantung, Penyakit Alzheimer, Penyakit Parkinson, Sengal-Sengal Tulang, Sakit Sendi-Sendi, Strok dan kerosakkan DNA akibat daripada perubahan sel-sel secara mutasi.

No comments:

Post a Comment